
TREASURE Kolaborasi Dengan Menara N Seoul Sempena Konser
Kumpulan K-pop TREASURE bakal memeriahkan Seoul dengan satu kolaborasi istimewa bersama Menara N Seoul (N Seoul Tower) bagi meraikan konsert mereka yang bakal berlangsung.
Menurut YG Entertainment, TREASURE akan mengadakan kolaborasi dengan N Seoul Tower bermula dari 8 hingga 14 Oktober ini. Ini merupakan kerjasama pertama seumpamanya antara N Seoul Tower dengan kumpulan K-pop dan dijangka bakal memberikan pengalaman baharu yang menyeronokkan buat peminat di seluruh dunia.
Kolaborasi ini boleh disertai dengan pembelian pakej ‘TREASURE HUNT’. Pembeli pakej berpeluang untuk menghias mangga cinta mereka sendiri dan menggantungnya di pokok ‘KEEP YOUR TREASURE’. Selain itu, mereka juga boleh mengambil gambar N Photo menggunakan prop TREASURE dan menyelesaikan pelbagai misi di sekitar N Seoul Tower untuk memenangi ganjaran menarik.
Khususnya pada 10, 11, dan 12 Oktober, iaitu tiga hari di mana konsert TREASURE akan diadakan di Seoul, bahagian atas N Seoul Tower akan diterangi dengan cahaya biru simbolik kumpulan itu, sekali gus meningkatkan lagi keterujaan. Pelbagai lagi acara lain turut menanti, termasuklah sudut foto di dataran menara, pemetaan kaca di tingkat 4 dek pemerhatian, dan tayangan muzik video di ruang ‘Inside Seoul’.
TREASURE baru sahaja melancarkan mini album ketiga mereka, ‘LOVE PULSE’, bulan lalu dan kini aktif dalam pelbagai platform. Mereka dijadualkan memulakan siri jelajah ‘2025-26 TREASURE TOUR - PULSE ON’ di KSPO DOME, Seoul dari 10 hingga 12 Oktober, sebelum meneruskan perjalanan ke Jepun dan negara-negara Asia lain untuk berinteraksi dengan peminat.
Rata-rata netizen Korea meluahkan rasa teruja dengan kerjasama ini. Komen yang ditinggalkan termasuklah: "Ini adalah idea yang sangat bagus! Saya mahu ke N Seoul Tower pada waktu itu" dan "TREASURE dan N Seoul Tower pasti akan menjadi gabungan yang hebat. Tidak sabar untuk melihatnya!".