
Rosé BLACKPINK Buat Gempak Makan Mi Segera di Paris
Penyanyi terkenal Rosé dari kumpulan K-Pop sensasi, BLACKPINK, sekali lagi mencuri tumpuan apabila dia berkongsi momen menikmati mi segera di Paris.
Baru-baru ini, Rosé telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram peribadinya tanpa sebarang kapsyen. Dalam gambar-gambar yang dikongsi, Rosé kelihatan bergaya menghadiri pertunjukan fesyen Saint Laurent semasa Minggu Fesyen Paris.
Dia memakai pakaian dari jenama Y, lengkap dengan gaya rambut dan solekan khas yang menyerlahkan lagi stail unik Rosé. Namun, apa yang paling menarik perhatian peminat adalah gambar Rosé memegang penyepit sambil menikmati mi segera. Walaupun berada di Paris, Rosé jelas tidak dapat menahan keinginan untuk menjamah hidangan mi kegemarannya.
Sebelum ini, Rosé pernah terlibat dalam kontroversi diskriminasi perkauman berkaitan dengan acara Saint Laurent di Paris. Majalah Elle UK telah menyiarkan gambar tiga selebriti lain tanpa kelibat Rosé. Perkara ini menimbulkan rasa hairan memandangkan Rosé adalah Duta Global Saint Laurent dan turut bergambar bersama tetamu lain di acara tersebut.
Susulan daripada isu yang semakin hangat diperkatakan, Elle UK akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara rasmi: "Kami amat memohon maaf di atas pemotongan gambar Rosé daripada gambar berkumpulan dalam siaran terbaru kami yang berkaitan dengan Minggu Fesyen Paris."
Netizen Korea rata-rata memberikan reaksi positif dan terhibur. Ramai yang memuji Rosé kerana sikapnya yang santai dan 'down to earth' kerana masih menjamah mi segera walaupun berada di Paris. Ada juga yang sempat bergurau, 'Bila Rosé pun makan mi segera, patutkah kita bangga?' atau 'Di mana-mana jua, Rosé tetaplah Rosé'.