
Jun Jin (Shinhwa) Akhirnya Dedah Sebab Tunda Miliki Anak Selama 5 Tahun, Kini Berhasrat Jadi Ayah!
Setelah 5 tahun mendirikan rumah tangga, Jun Jin, anggota kumpulan legenda Shinhwa, akhirnya mendedahkan sebab beliau dan isteri, Ryu Yi Seo, mengambil masa yang agak panjang untuk menimang cahaya mata. Pasangan ini kini bersedia untuk memulakan fasa baharu sebagai ibu bapa.
Dalam satu temu bual di saluran YouTube "A급 장영란" yang disiarkan pada 8hb, Jun Jin dan Ryu Yi Seo berkongsi kisah rumah tangga dan perancangan keluarga mereka.
Jun Jin membuka cerita, "Semasa bercinta, usia saya sudah agak lanjut, jadi saya fikir nak cepat berkahwin dan bina keluarga." Namun, selepas berkahwin, pandangannya berubah. "Selepas berkahwin, saya rasa terlalu seronok menikmati masa berdua. Kami suka melancong, dan berbual sepanjang hari di rumah, ia sangat menggembirakan sehingga 5 tahun berlalu begitu sahaja," luahnya.
Rata-rata netizen Korea meninggalkan komen positif, menyokong keputusan pasangan itu dan mendoakan "Semoga cepat dapat baby!" serta "Pasangan ini memang sweet!"