
Lee Hyo-ri Curi Perhatian Dengan Pendekatan Mesra Di Studio Yoga 'Ananda'
Studio yoga 'Ananda' yang diurus oleh penyanyi Lee Hyo-ri kini menjadi tumpuan ramai dek kerana pendekatan mereka yang realistik dan penuh kasih sayang.
Pada 20hb, akaun rasmi 'Ananda Yoga' telah berkongsi satu gambar bersama kapsyen yang ditulis oleh seorang pelajar.
Pelajar tersebut berkongsi pengalamannya: "Semasa sesi latihan, saya rasa malu kerana terlanjur melepaskan gas. Tetapi cikgu Lee Hyo-ri memberitahu, 'Tidak mengapa. Lepaskan sahaja dengan selesa.' Kata-kata itu membuatkan saya berasa lebih lega."
Komen positif mula membanjiri ruangan media sosial. Netizen meninggalkan komen seperti, "Memang betul-betul Lee Hyo-ri" dan "Saya juga mahu pergi ke studio yoga seperti ini."
Studio yoga Lee Hyo-ri terkenal dengan penekanannya terhadap 'relaksasi minda berbanding fleksibiliti fizikal'. Beliau mewujudkan suasana yang terbuka dan mesra untuk semua, tanpa mengira sama ada mereka peserta baharu atau mempunyai bentuk badan yang berbeza.
Bulan lalu, beliau turut menjadi tular apabila menjawab soalan daripada pemula yang bertanya, "Adakah saya terlalu kaku?" dan "Adakah saya perlu kurus untuk menyertainya?" dengan jawapan, "Ya, anda amat dialu-alukan."
Lee Hyo-ri telah membuka 'Ananda Yoga' di Yeonhui-dong, Seodaemun-gu, Seoul pada Ogos lalu.
Netizen Korea rata-ratanya memuji sikap prihatin dan mesra Lee Hyo-ri. Ramai yang meninggalkan komen seperti "Inilah Lee Hyo-ri yang kita kenal" dan "Saya teringin nak cuba kelas yoga di sana."