
Keakraban Ibu Dan Anak "Yano Shiho" & "Chu Sarang" Dalam Sesi Foto Menawan, Wajah Sarang Mirip Ibu Tanpa Cermin Mata!
Isteri kepada jaguh seni mempertahankan diri terkenal, Choo Sung-hoon, iaitu Yano Shiho, telah mencuri tumpuan ramai apabila mendedahkan sesi fotografi bersama anak perempuannya, Chu Sarang.
Yano Shiho berkongsi beberapa keping gambar di akaun media sosialnya, disertakan dengan kapsyen dari majalah yang menyentuh hati: "Ada cinta yang boleh dilihat. Seperti hati yang wujud nyata walaupun tanpa nama. Ibu dan anak, awak dan saya, serta Yano Shiho dan Chu Sarang. Dua insan ini, bukan sahaja ibu dan anak, malah sahabat paling rapat di dunia, mereka tersenyum paling ceria apabila berpandangan."
Dalam sesi foto itu, Yano Shiho dan Chu Sarang kelihatan begitu mesra seperti rakan baik. Lebih menarik perhatian, Chu Sarang yang kebiasaannya memakai cermin mata, kali ini tampil tanpa cermin mata. Penampilannya itu menyerlahkan wajahnya yang persis ibunya, Yano Shiho, sehingga menarik perhatian ramai.
Kini, Chu Sarang telah membesar dengan ketinggian 170cm dan sedang menggapai impian untuk menjadi seorang model seperti ibunya.
Netizen Korea rata-rata memuji kecomelan dan hubungan erat antara ibu dan anak, Yano Shiho dan Chu Sarang. Antara komen yang ditinggalkan adalah: "Sarang dah besar jadi cantik macam ibu dia", "Gambar ni nampak sangat sweet", "Tak sabar nak tengok Sarang jadi model".