
'Chef Tirani' Ke Vietnam Cuti-Cuti Sebagai Ganjaran Kejayaan Rating
Setelah berjaya menembusi rating 17%, menjadikan ia drama mini siri dengan rating tertinggi tahun 2025, siri 'Chef Tirani' kini memulakan percutian ganjaran mereka.
Pada 21 November, para pelakon 'Chef Tirani' berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon sebelum berlepas ke Da Nang, Vietnam untuk menikmati percutian istimewa ini.
Yoon-a menarik perhatian ramai dengan pilihan busana kemeja kotak-kotak merah dipadankan dengan skirt denim biru. Pakaian ini berbeza sama sekali dengan cuaca sejuk di Korea Selatan, namun sangat sesuai dengan suhu hangat di Da Nang. Gaya rambutnya yang disanggul ke atas dan cermin mata turut menyerlahkan penampilannya.
Manakala, Lee Chae-min pula memilih gaya yang lebih santai dengan memakai jaket hoodie zip hitam, seluar jeans hitam, kasut sukan dan beg sandang, memberikan penampilan yang ringkas untuk perjalanan.
'Chef Tirani' mengisahkan tentang survival, komedi romantis fantasi, yang menceritakan tentang cef Yeon Ji-young (dilakonkan oleh Im Yoon-ah) yang melakukan perjalanan masa ke masa lalu dan berhadapan dengan Raja Lee Heon (dilakonkan oleh Lee Chae-min), seorang pemerintah zalim yang memiliki deria rasa yang luar biasa.
Drama ini telahpun melabuhkan tirainya pada episod ke-12 akhir bulan lalu, mencatatkan rating akhir 17.1% (mengikut Nielsen Korea untuk isi rumah berbayar seluruh negara). Angka ini bukan sahaja memecahkan rekod rating tertingginya sendiri, malah menduduki tempat pertama dalam slot waktu yang sama di semua saluran, termasuk stesen televisyen terestrial. Ia juga merupakan drama mini siri dengan rating tertinggi pada tahun 2025.
Bukan sekadar kejayaan domestik, 'Chef Tirani' turut berjaya di peringkat global, menjadi siri TV bukan berbahasa Inggeris pertama tvN yang tersenarai dalam 'Top 10 Global Netflix' selama dua minggu berturut-turut.
Mengambil kira sambutan hebat ini, sebuah percutian ganjaran telah dianjurkan untuk para pelakon dan kru. Sebelum ini, Yoon-a pernah menjadi tular apabila melaungkan ucapan "'Chef Tirani' hebat! Jom pergi bercuti!" di atas kerusi semasa majlis penutup drama, dan kini impian itu menjadi kenyataan.
Pasukan 'Chef Tirani' dijadualkan untuk menikmati percutian ganjaran selama 4 hari 3 malam di Vietnam, bermula dari 21 hingga 24 November. Walau bagaimanapun, Lee Chae-min terpaksa pulang lebih awal kerana jadual temu peminat.
Netizen Korea rata-rata memberikan ucapan tahniah dan teruja. Komen-komen seperti "Memang berbaloi dapat bercuti selepas usaha keras semua orang!"; "Tak sabar nak tengok gambar-gambar percutian pelakon nanti!"