
Romantisnya! Lee Jang-woo & Jo Hye-won Kongsi Foto Perkahwinan, Tarikh Nikah Disahkan 23 November
Pasangan kekasih Lee Jang-woo dan Jo Hye-won telah mencuri tumpuan apabila mereka berkongsi foto pra-perkahwinan yang penuh romantis. Pasangan ini dijadualkan akan melangsungkan majlis perkahwinan mereka pada 23 November kelak.
Foto-foto yang dikongsikan baru-baru ini memaparkan momen manis dan penuh debaran pasangan ini menjelang hari bahagia. Dalam satu gambar, Lee Jang-woo kelihatan segak memakai sut berwarna coklat gelap sambil tersenyum mesra. Jo Hye-won pula anggun dalam gaun pengantin putih dengan hiasan see-through, bersandar manja di bahu tunangnya. Tangannya menggenggam sejambak bunga lily putih yang suci.
Satu lagi gambar menunjukkan pasangan itu berjalan berpegangan tangan di celah-celah pepohonan hijau. Di bawah pencahayaan lembut, pandangan mereka bertemu, mencipta suasana yang hangat dan penuh kasih sayang.
Lee Jang-woo dan Jo Hye-won mula berkenalan melalui drama KBS2 'My Only One' pada tahun 2018 dan mula menjalin hubungan cinta pada tahun 2019. Selepas menunda perkahwinan mereka tahun lalu, pasangan ini akhirnya mengambil keputusan untuk disatukan sebagai suami isteri tahun ini.
Untuk majlis perkahwinan mereka, personaliti TV Jeon Hyun-moo akan menjadi juru nikah, Ki Ahn84 akan bertindak sebagai pengacara majlis, manakala Hwanhee dari kumpulan Fly to the Sky, sepupu kepada Lee Jang-woo, bakal menyanyikan lagu istimewa.
Rata-rata netizen Korea mengucapkan tahniah kepada pasangan itu, kagum dengan hubungan mereka yang telah terjalin selama 8 tahun. Ramai yang meninggalkan komen seperti 'Akhirnya hari ini tiba', 'Sangat tak sabar menantikan hari perkahwinan mereka', dan 'Mereka nampak sangat sepadan!'.