
RIIZE Cetuskan Fenomena Seni Dengan Pameran Khas "Silence: Inside the Fame"
Kumpulan sensasi K-pop, RIIZE di bawah naungan SM Entertainment, bakal menggegarkan dunia seni dengan pameran khas yang julung kali diadakan bersama Ilmin Museum of Art.
Pameran sempena pelancaran single terbaru mereka, 'Fame', yang bertajuk "Silence: Inside the Fame" ini akan berlangsung selama 15 hari, bermula dari 16 hingga 30hb ini di Ilmin Museum of Art, daerah Jongno, Seoul.
Menariknya, selari dengan tema single 'Fame' yang memfokuskan sisi lain dalam perjalanan tumbesesar RIIZE, pameran ini bakal menyajikan visualisasi emosi tersembunyi para anggota melalui interpretasi seni foto dan media yang pelbagai, sekaligus mencetuskan jangkaan tinggi.
Sebelum ini, RIIZE telah berjaya menarik perhatian menerusi kolaborasi pelbagai jenama global dalam sektor IT, fesyen, kecantikan, makanan dan minuman, serta ruang seni dan budaya yang trendi. Setiap pergerakan mereka konsisten dalam menampilkan 'Real Time Odyssey' (kisah tumbesaran) secara sensasi, menjadikan pameran ini bakal mendapat sambutan hangat.
Para peminat yang ingin menyaksikan pameran ini perlu membuat tempahan awal melalui Melon Ticket. Terdapat slot khas untuk ahli kelab peminat rasmi, BRIIZE, dan juga slot untuk orang awam. Maklumat lanjut akan diumumkan di akaun media sosial rasmi RIIZE.
Single 'Fame' dijadualkan akan dilancarkan pada 24hb bulan ini.
Netizen Korea rata-rata meluahkan rasa teruja dengan reaksi seperti, "Ini memang gempak! Adakah sisi 'tersembunyi' RIIZE akan didedahkan melalui seni?" dan "Saya tak sabar nak lihat sisi lain RIIZE daripada pameran ini."