
Lee Chan-won Pecah Rekod Peribadi! Album 'Challa-n' (찬란) Dominasi Carta Muzik & Raih No. 1
Penyanyi Lee Chan-won sedang mencipta rekodnya sendiri selepas kemunculan semula. Dengan album penuh kedua 'Challa-n' (찬란) yang dilancarkan bulan lalu, Lee Chan-won bukan sahaja mendominasi carta muzik malah mencatatkan jualan minggu pertama jualan melebihi 610,000 unit, sekaligus memecah rekod peribadinya.
Bukan sekadar jualan album yang memberangsangkan, lagu tajuk 'Today, For Some Reason' (오늘은 왠지) juga menunjukkan peningkatan dalam carta muzik. Lee Chan-won berjaya meraih tempat pertama di 'Show! Music Core' terbitan MBC pada 1 haribulan dan juga tempat pertama 'Hot Stage' di 'Inkigayo' terbitan SBS, yang ditentukan melalui undian peminat.
'Today, For Some Reason' (오늘은 왠지) merupakan sebuah lagu bergenre country-pop yang menjanjikan tenaga ceria dan positif, hasil kerjasama komposer hit industry muzik Jo Young-soo dan Roy Kim.
Jika mini album sebelumnya 'bright;燦' mempamerkan sisi penulis lagu Lee Chan-won menerusi lagu ciptaannya sendiri 'Sky Travel' (하늘 여행), album penuh kedua 'Challa-n' (찬란) pula menonjolkan percubaan pelbagai genre muzik olehnya.
Netizen Korea membanjiri media sosial dengan ucapan tahniah atas kejayaan Lee Chan-won. Pelbagai komen positif seperti 'Hebat! Lagunya sangat sedap', 'Tahniah Lee Chan-won! Kamu lakukan yang terbaik!', 'Memang layak mendapat kasih sayang ini!'