
MIYEON (G)I-DLE Lancarkan Pesta Pop-Up Sempena Album Baharu ‘MY, Lover’, Peminat Serbu Nak Miliki!
Peminat kumpulan (G)I-DLE kini boleh bergembira apabila MIYEON (미연) telah melancarkan sebuah pop-up store eksklusif sempena pelancaran mini album keduanya, ‘MY, Lover’.
Agensi Cube Entertainment mengumumkan bahawa acara pop-up ‘MIYEON 2nd Mini Album [MY, Lover] POP-UP’ akan berlangsung selama tujuh hari, bermula 5 hingga 11 Jun, di Atrium A, Aras 1, Times Square, Yeongdeungpo.
Pop-up store ini dihiasi dengan objek seni dan zon foto yang menakjubkan, secara visual menggambarkan pelbagai aspek cinta yang terdapat dalam mini album kedua MIYEON. Selain itu, pelbagai barangan merchandise istimewa turut ditawarkan, termasuk kad foto, diari, magnet peti sejuk edisi foto, pemegang foto ID berserta cermin, serta barangan gaya hidup praktikal seperti jaket separuh zip, beg bahu, selimut, dan beg pouch mini berbulu. Kesemuanya direka untuk menarik minat para peminat yang ingin menambah koleksi mereka.
Pelikbagai acara menarik juga bakal diadakan. Pengunjung berpeluang memenangi kad foto bertandatangan MIYEON melalui cabutan bertuah dengan menyiarkan ulasan pop-up di media sosial berserta hashtag yang ditetapkan. Resit pembelian juga akan dicetak dengan mesej tulisan tangan MIYEON, menambahkan lagi keistimewaan kenangan buat peminat.
‘MIYEON 2nd Mini Album [MY, Lover] POP-UP’ bukan sahaja dibuka di Seoul, malah dijadualkan akan turut dibuka di Taipei bulan ini untuk bertemu peminat di sana.
Mini album kedua MIYEON, ‘MY, Lover’, yang dilancarkan pada 3 Jun lalu, telah mencapai kejayaan memberangsangkan dengan menduduki tempat pertama carta jualan harian dan mingguan QQ Music, platform muzik terbesar di China. Lagu tajuknya, ‘Say My Name’, turut menduduki tangga teratas carta masa nyata Bugs dan carta HOT 100 Melon, menandakan permulaan yang cemerlang di carta muzik domestik dan antarabangsa.
Rata-rata netizen Korea memuji kecantikan dan bakat MIYEON, serta menyatakan keterujaan mereka untuk mengunjungi pop-up store dan mendapatkan barangan eksklusif. Mereka juga yakin acara ini akan menjadi sangat berjaya.