
Lim Ji-yeon Tunjuk Tunjuk Solidariti Buat Yoon Kye-sang Dengan Hantaran Kopi Ke Set Penggambaran
Pelakon Lim Ji-yeon telah mempamerkan solidariti istimewa buat Yoon Kye-sang dengan menghantar sebuah lori 'coffee truck' ke lokasi penggambaran.
Pada 5 November, Yoon Kye-sang telah berkongsi satu hantaran di akaun media sosialnya, "Ji-yeon-ah, terima kasih. I love you. Beri aku semangat!" berserta sekeping gambar dirinya tersenyum lebar di hadapan trak kopi tersebut.
Paparan di atas sepanduk bersebelahan lori kopi itu turut menarik perhatian, memaparkan mesej yang dihantar khas oleh Lim Ji-yeon. Beliau menulis, "Dengan penuh semangat saya menyokong oppa Kye-sang dan kru drama. Pelakon Lim Ji-yeon," meluahkan sokongan ikhlas buat Yoon Kye-sang dan barisan penerbitan drama.
Kedua-dua pelakon ini mula menjalin persahabatan erat selepas membintangi filem ‘Spiritwalker’ yang ditayangkan pada tahun 2021. Dalam filem itu, mereka memegang watak Kang Yi-an dan Moon Jin-ah, mempamerkan keserasian yang luar biasa.
Tambahan pula, Lim Ji-yeon turut menghadiri majlis perkahwinan Yoon Kye-sang pada tahun 2022, sekali lagi membuktikan ikatan persahabatan mereka yang kukuh.
Sementara itu, Yoon Kye-sang bakal muncul dalam drama komedi aksi terbaharu berjudul ‘UDT: Our Neighborhood Special Forces’. Drama ini akan ditayangkan serentak di Coupang Play, Genie TV, dan ENA pada Isnin, 17 November, jam 10 malam.
Netizen Korea rata-ratanya memuji persahabatan kedua pelakon ini dengan komen seperti "Solidariti mereka memang gempak", "Nampak sangat serasi" dan sebagainya.