
G-Dragon Akui Kini Fokus Pada Diri Sendiri, Belum Tentu Nak Pilih Idola Junior
Penyanyi G-Dragon (GD) atau nama sebenarnya Kwon Ji-yong, mendedahkan pandangan jujurnya apabila ditanya mengenai kumpulan idola junior yang bakal mewarisinya.
Dalam penampilan di program MBC ‘Questions with Son Suk-hee’ pada 5 haribulan lalu, G-Dragon telah berbual secara mendalam mengenai aktiviti terkininya dan falsafah muziknya.
Apabila hos, Son Suk-hee, bertanya sama ada terdapat kumpulan junior yang menarik perhatiannya di kalangan kumpulan idol yang kini aktif dan ramai menghasilkan lagu ciptaan sendiri, G-Dragon kelihatan berfikir seketika sebelum menjawab.
Beliau menjelaskan, "Sekarang ini saya juga sedang aktif, jadi saya tiada pilihan selain fokus kepada diri saya sendiri," sambil menekankan bahawa beliau sedang menumpukan sepenuh perhatian terhadap aktivitinya kini.
Beliau turut mengimbau kembali temu bual 10 tahun lalu yang pernah menjadi tajuk utama, 'Kami buat lagu kami sendiri'. G-Dragon mengakui kebenaran kenyataan tersebut dan apabila Son Suk-hee berkata, "Mungkin kerana jawapan itu, (junior) mereka lebih rajin menggubah lagu," G-Dragon membalas, "Jika begitu, ia adalah satu kejayaan."
Selain itu, G-Dragon menyentuh mengenai peringkat seterusnya selepas penulisan lirik, komposisi, dan penerbitan, dengan menyatakan, "Saya masih berfikir dan akan terus berfikir. Ia akan menjadi satu tugas seumur hidup." Beliau menambah, "Penting untuk memilih dengan baik antara 'melakukan', 'tidak melakukan', serta 'melakukan dengan baik', 'tidak melakukan dengan baik', atau 'melakukan dengan agak teruk'," menunjukkan kebimbangan dan keazaman sebagai penerbit yang sentiasa berusaha untuk menghasilkan karya terbaik.
Netizen Korea memberikan pelbagai reaksi. Ada yang memuji kejujuran G-Dragon, "Biasa la nak fokus pada diri sendiri dulu". Ada juga yang memahami tekanan sebagai senior, "Mungkin belum jumpa yang betul-betul menarik perhatian atau belum bersedia nak tunjuk siapa-siapa".