
Lee Hyori Murah Hati Kongsi Snek & Teh Di Kelas Yoga, Pelajar Terharu
Pusat yoga milik Lee Hyori baru-baru ini menjadi tumpuan apabila berkongsi detik-detik manis di mana pengasasnya itu dengan bermurah hati menghadiahkan makanan ringan dan minuman kepada para pelajarnya pada 7 Julai.
Pelbagai gambar 'check-in' dari para pelajar yang menerima juadah tersebut turut disiarkan. Antara komen yang ditinggalkan adalah: "Kelas yoga pagi bersama Cikgu Hyori semakin menyeronokkan setiap hari, kek dan teh yang diberikan juga sangat sedap", "Selepas bersenam, manggaetteok dan teh pu-erh sungguh menyelerakan", "Hari ini Cikgu Ananda (gelaran Lee Hyori ketika mengajar yoga) sudi berkongsi kek gulung yang sangat enak, saya tertanya-tanya dari kedai mana ia datang"
Sebelum ini, Lee Hyori pernah menarik perhatian apabila dilihat berkongsi buah-buahan (kesemak) yang telah ranum kepada pelajarnya. Kali ini, beliau sekali lagi mencetuskan rasa hangat di hati dengan menghadiahkan kek gulung, onde-onde dan teh pu-erh kepada para pelajarnya.
Kelas satu hari di pusat yoga Lee Hyori yang dibuka di Daerah Yeonhui-dong, Seoul berharga 35,000 won. Yuran tersebut dianggap berpatutan, terutamanya memandangkan Lee Hyori sendiri yang mengajar.
Netizen Korea rata-rata memuji sifat pemurah Lee Hyori. Komen-komen seperti "Inilah Lee Hyori yang sebenar!", "Saya teringin nak sertai kelas beliau", dan "Dia adalah guru yang sangat berbakat dan baik hati" antara yang sering disebut.