
MC Jeon Hyun-moo Sumbang RM100,000 Sempena Hari Lahir, Bantu Pesakit Kanak-kanak
Penyampai popular Korea Selatan, Jeon Hyun-moo (전현무), sekali lagi mencuri hati ramai apabila meraikan ulang tahun kelahirannya dengan penuh makna melalui sumbangan dana sebanyak 100 juta Won (kira-kira RM350,000) untuk tujuan kebajikan.
Pada 10hb lalu, Jeon Hyun-moo telah memuat naik satu perkongsian di akaun media sosial peribadinya, "Hari lahir di mana saya memberi hadiah adalah hari yang indah, dan ianya baik untuk dikongsikan kepada semua." Bersama kapsyen itu, beliau turut memuat naik gambar yang menunjukkan dokumen sumbangan sejumlah 100 juta Won kepada Jabatan Perubatan Universiti Yonsei, almamaternya. Turut kelihatan adalah gambar beliau meniup lilin kek hari lahir dalam penggambaran program "I Live Alone".
Sebelum ini, Jeon Hyun-moo telah menyalurkan sumbangan kepada Tabung Kebajikan Jabatan Perubatan Yonsei pada 7hb lalu. Dana tersebut akan digunakan untuk membantu kos rawatan pesakit kanak-kanak yang menghidap kanser, penyakit jarang jumpa, serta menyokong keperluan perubatan golongan belia yang hidup berdikari.
Jeon Hyun-moo sememangnya dikenali dengan sifat kedermawanannya yang berterusan. Pada tahun 2018, beliau pernah menyumbang 100 juta Won kepada ibu tunggal dan dilantik sebagai ahli "Honor Society" anjuran "Seoul Fruit of Love". Sejak itu, beliau terus konsisten menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Rata-rata netizen Korea membanjiri ruangan komen dengan pujian terhadap Jeon Hyun-moo. Antara komen yang ditinggalkan adalah, "Selebriti yang patut dicontohi" dan "Selamat hari lahir, semoga kebaikan awak berbalas". Ramai yang berharap agar lebih ramai lagi selebriti akan mengikut jejak langkah murni ini.