
Im Chang-jung Kuasai Carta Muzik Dengan Lagu Cover 'Hug You', Konser 30 Tahun Di Vietnam Berjalan Lancar!
Suara merdu Im Chang-jung sekali lagi membuktikan kehebatannya, menjadikannya sebagai 'raja lagu remake' menerusi lagu terbarunya '너를 품에 안으면 (Hug You)' (Memelukmu)
Lagu '너를 품에 안으면 (Hug You)' yang dilancarkan pada 6 Mei lalu telah berjaya menduduki carta teratas di pelbagai platform muzik, termasuk tempat pertama di carta masa nyata Kakao Music dan Carta Genie (1 minggu) menduduki tempat ke-2, serta Melon HOT100 (30 hari) di tempat ke-16. Kejayaan ini membuktikan daya tarikan abadi lagu tersebut.
Sebelum ini, Im Chang-jung pernah mencetuskan fenomena menerusi lagu remake '그대라는 사치' nyanyian Han Dong-geun pada tahun 2023. Usaha sulungnya dalam lagu remake mendapat sambutan hangat. Gabungan nostalgia era lama dan keupayaan vokal yang penuh emosi oleh Im Chang-jung, mencipta 'sinergi Im Chang-jung' yang tersendiri, sehingga berjaya memasuki carta TOP100 hanya dalam tempoh sehari.
'너를 품에 안으면 (Hug You)' merupakan lagu remake keduanya yang mendapat pujian sebagai 'contoh terbaik lagu remake', yang membawa kuasa emosi merentasi 30 tahun dalam industri muzik. Im Chang-jung sendiri yang memilih lagu ini kerana ia adalah lagu kegemarannya. Beliau berjaya memaksimumkan kepekaan lirik asal sambil menyuntikkan identiti muziknya yang unik dan harmoni.
Selain kejayaan dalam carta muzik, Im Chang-jung turut bertemu peminatnya di Vietnam menerusi konsert ulang tahun ke-30 debutnya pada 8 Mei (waktu tempatan). Beliau memulakan persembahan dengan lagu popularnya '그때 또 다시', disambut dengan sorakan gemuruh penonton. Turut dipersembahkan adalah lagu-lagu hits lain seperti '또 다시 사랑', '소주 한잔', '보고 싶지 않은 니가 보고 싶다', dan '내가 저지른 사랑', yang mendapat tepukan gemuruh dan sanjungan daripada hadirin.
Rata-rata netizen Korea memberikan pujian yang melambung tinggi terhadap Im Chang-jung. Pelbagai komen ditinggalkan seperti, "Suara Im Chang-jung membuat lagu cover ini menjadi lebih indah" dan "Tak sabar menantikan lagu cover seterusnya!".