
Pelakon Veteran Shin Goo Sambut Ulang Tahun Ke-90 Bersama Rakan Selebriti
Pelakon senior kesayangan ramai, Shin Goo, meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-90 dengan penuh kemeriahan dan ucapan tahniah daripada rakan-rakan selebriti.
Pada 11 November lalu, pelakon Lee Do-yop telah berkongsi foto sambutan hari lahir tersebut berserta kapsyen: "Majlis sambutan hari lahir ke-90 bapa Shin Goo. Saya sayangkan anda".
Dalam foto yang dimuat naik, kelihatan ramai individu bergambar kenangan di hadapan sepanduk '90th Birthday'. Di bahagian tengah bawah gambar, Shin Goo kelihatan sedang duduk bersama pelakon terkenal, Sohn Sook dan Park Geun-hyung.
Setelah menjalani rawatan kerana kegagalan jantung tahun lalu, Shin Goo kini dilaporkan telah pulih sepenuhnya. Beliau kini aktif menjayakan watak utama Estragon dalam pementasan teater 'Waiting for Godot'.
Netizen Korea rata-rata mengucapkan tahniah kepada Shin Goo atas ulang tahunnya yang ke-90. Ramai yang meninggalkan komen mendoakan kesihatan dan kebahagiaannya, seperti: "Tahniah di atas hari lahir ke-90, En. Shin Goo! Semoga sentiasa sihat dan ceria", "Sangat gembira melihat beliau sihat semula dan terus aktif dalam seni", "Seorang legenda yang patut dicontohi".