
Kwon Eun-bi & Kim Min-ju, Duo Mantan IZ*ONE Kini Wajah Baru Paris Baguette Musim Cuti!
Penyanyi Kwon Eun-bi, ikon yang sinonim dengan festival muzik 'Waterbomb', bakal muncul sebagai wajah terbaharu Paris Baguette musim cuti Krismas dan akhir tahun ini.
Paris Baguette mengumumkan pelantikan Kwon Eun-bi dan pelakon Kim Min-ju sebagai model baharu mereka untuk musim perayaan Krismas dan cuti hujung tahun. Kombinasi kedua-dua selebriti yang pernah bergelar rakan seperjuangan dalam kumpulan IZ*ONE ini selari dengan strategi jenama yang menyasarkan musim cuti akhir tahun.
Kwon Eun-bi dan Kim Min-ju, yang diketahui rapat di luar skrin, pernah berkerjasama melalui program uji bakat 'Produce 48' dan kemudiannya sebagai ahli kumpulan projek IZ*ONE. Ikatan inilah yang kembali disatukan dalam kempen terbaharu ini.
"Pesona kedua-dua model yang ceria dan menawan ini amat bersesuaian untuk menyampaikan rasa hangat dan teruja kepada pengguna sepanjang musim sejuk," kata wakil Paris Baguette mengenai pemilihan mereka. Kwon Eun-bi telah mengukuhkan namanya sebagai ikon 'Waterbomb' selama tiga tahun berturut-turut, manakala Kim Min-ju pula sedang melebarkan sayap seninya menerusi filem seperti 'Our Dating Sim' dan drama 'The Heavenly Idol'.
Rata-rata netizen Korea meluahkan rasa teruja dengan berita ini, dengan komen seperti "Mereka sentiasa serasi!", "Tak sabar nak tengok gambar dan video promosi", "Gembira melihat mereka berdua bekerjasama lagi!".