
LE SSERAFIM Gegar Jepun, "SPAGHETTI" Raih Sijil Gold Disk!
Kumpulan sensasi LE SSERAFIM sekali lagi mencipta nama di persada muzik Jepun apabila single sulung mereka, "SPAGHETTI", berjaya meraih sijil Gold Disk daripada Persatuan Industri Rakaman Jepun (RIAJ).
Pencapaian luar biasa ini dicapai selepas jualan penghantaran single tersebut melepasi 100,000 unit, hanya dalam masa kira-kira 4 hari selepas dilancarkan pada 27 Oktober lalu. Ini menjadikan "SPAGHETTI" sebagai single terbaru mereka yang menerima pengiktirafan tersebut, selepas mini album kelima "EASY" dan single Korea terdahulu.
LE SSERAFIM turut mengukuhkan kedudukan mereka sebagai 'gadis terhebat generasi ke-4' apabila berjaya mencatatkan rekod 5 album berturut-turut di Korea yang melepasi 100,000 unit penghantaran, bermula dari "UNFORGIVEN", "EASY", "CRAZY", "HOT", sehinggalah "SPAGHETTI".
Di Jepun, "SPAGHETTI" dilaporkan terjual kira-kira 80,000 unit pada hari pelancaran, sekali gus melonjak ke tangga teratas Oricon Daily Single Chart. Lagu tajuknya juga kerap tersenarai dalam carta Spotify Japan 'Daily Top Song' dan carta LINE MUSIC 'Daily Top Song 100'.
Bukan sahaja di Jepun, LE SSERAFIM turut menakluki carta global. "SPAGHETTI" berjaya menempatkan diri dalam Billboard Hot 100 Amerika Syarikat (di kedudukan ke-50) dan Official Singles Chart United Kingdom (di kedudukan ke-46), sekali gus mencatat rekod peribadi tertinggi kumpulan.
Selain itu, LE SSERAFIM bakal menggegarkan Tokyo Dome pada 18 dan 19 Januari menerusi konsert encore '2025 LE SSERAFIM TOUR ‘EASY CRAZY HOT’ ENCORE IN TOKYO DOME'. Konsert ini merupakan penutup siri jelajah dunia pertama mereka yang meliputi 18 bandaraya di Asia dan Amerika Utara.
Netizen Korea rata-rata meluahkan rasa bangga dan teruja dengan pencapaian LE SSERAFIM. Komen seperti "Memang padu LE SSERAFIM!" dan "FEARNOTs memang terbaik!" menunjukkan sokongan padu peminat kepada kumpulan ini.