
Wow! Jang Won-young (IV E) Beli Vila Mewah Bernilai 13.7 Bilion Won di Hannam-dong
Penyanyi K-Pop terkenal, Jang Won-young dari kumpulan IVE, dilaporkan telah membeli sebuah vila mewah di kawasan elit Hannam-dong, Seoul, dengan harga yang sangat lumayan iaitu 13.7 bilion won (kira-kira RM47 juta).
Menurut sumber industri hartanah dan rekod mahkamah, Jang Won-young memeterai pembelian unit kediaman berkeluasan 244 meter persegi di Lucid House pada bulan Mac lalu. Urus niaga ini dipercayai dilakukan secara tunai sepenuhnya kerana tiada sebarang cagaran atau pinjaman yang direkodkan.
Penjual hartanah mewah tersebut merupakan Lee Ji-yong, bekas CEO Daesang Corporation dan anak kedua kepada pengasas DL Group.
Agensi Jang Won-young, Starship Entertainment, dalam satu kenyataan berkata: "Ini adalah urusan peribadi yang sulit untuk kami sahkan. Namun, kami difahamkan ia bertujuan untuk kediaman keluarga."
Netizen Korea rata-rata memuji kejayaan Jang Won-young, dengan komen seperti "Hebat betul dia, dah boleh beli rumah mewah macam ni pada usia muda!". Ada juga yang bergurau tentang kemampuan kewangannya: "Tak tahulah nak cakap apa, beli rumah cash memang lain macam!".