
Paul Kim Kembali Dengan Transformasi Mengejutkan Dalam Single Baharu 'Have A Good Time'
Penyanyi Paul Kim bakal tampil dengan transformasi yang berani.
Paul Kim akan melancarkan single terbarunya bertajuk 'Have A Good Time' pada 17hb ini, menerusi genre synth-pop dan turut memberi bayangan tentang kolaborasi istimewa yang pastinya akan meningkatkan lagi jangkaan peminat.
Paul Kim telah mencetuskan rasa ingin tahu dengan pelbagai teaser video dan foto konsep untuk 'Have A Good Time', disertakan kapsyen 'Paul Kim X ??'. Walaupun tiada pengumuman rasmi, namun identiti sebenar rakan kolaborasinya dikatakan telah terpapar dalam video teaser, sekali gus menarik lebih banyak perhatian.
Perubahan dalam genre muzik juga menyumbang kepada tumpuan terhadap single kali ini. Apa yang menarik, ini merupakan lagu berbahasa Inggeris yang ditulis liriknya sendiri oleh Paul Kim, dengan berteraskan genre synth-pop yang lebih segar. Penerbit REZ, yang pernah mencatat kejayaan besar bersama artis seperti Baekhyun dan Taeyeon, telah menyumbangkan bunyi-bunyian sensasi untuk lagu Paul Kim.
Justeru, peminat menjangkakan sebuah penampilan baharu daripada Paul Kim yang selama ini dikenali menerusi lagu-lagu balada yang menyentuh hati.
Sambil kod rahsia lagu baharu itu satu persatu bakal didedahkan, 'Have A Good Time' akan mula dimuat naik di kesemua platform muzik utama pada jam 6 petang, 17 November.
Netizen Korea rata-ratanya teruja dan sedang cuba meneka siapakah artis misteri yang bakal berkolaborasi dengan Paul Kim. Ada yang meninggalkan komen seperti, "Tak sabar nak dengar! Pasti meletop!" dan "Sangat berharap ia adalah dia, pasti akan melihat sisi baharu Paul Kim."