
Pelakon Komedi Park Mi-sun Kongsi Perkembangan Positif Selepas Berjuang Dengan Kanser Payudara
Pelakon komedi terkenal, Park Mi-sun, tampil memberikan perkembangan terkini mengenai keadaannya yang tampak lebih ceria selepas mendedahkan dirinya sedang berjuang melawan kanser payudara.
Pada 15 Mei, Park Mi-sun menerusi akaun peribadinya telah memuat naik beberapa keping foto bersama kapsyen, "Anda semua sedang menikmati musim luruh dengan baik?".
Dalam gambar-gambar yang dikongsikan, Park Mi-sun kelihatan sedang bersiar-siar di lokasi-lokasi menarik di Seoul, menikmati keindahan daun-daun luruh. Pakaiannya yang ringkas dengan topi berwarna beige di atas rambut pendek menarik perhatian ramai.
"Dari Gyeongbokgung hingga Buam-dong, saya tidak pernah merasai kebebasan sebegini sepanjang hidup," katanya. Beliau menambah, "Ini kali pertama saya ke Seokpajeong, daun luruh di sana sangat cantik, sungguh bagaikan mimpi indah semasa berjalan-jalan."
"Senang rasanya dapat memuat naik gambar begini ㅎㅎ Semoga hari anda indah," tulisnya mengakhiri hantaran tersebut.
Para netizen yang melihat hantaran itu turut meninggalkan pelbagai komen positif seperti, "Mari kita hidup bahagia bersama dalam tempoh yang lama", "Ini adalah peluang untuk menikmati dunia sekali lagi, teruskan bersemangat", "Syukur anda telah kembali sihat", "Semoga di limpahi dengan kebaikan".
Sebelum ini, Park Mi-sun pernah muncul dalam program tvN "You Quiz on the Block" pada 12 Mei, yang mana kemunculannya disambut baik oleh peminat. Beliau sebelum ini telah menghentikan aktiviti seninya sejak awal tahun, menimbulkan kebimbangan.
Pada ketika itu, hanya diketahui beliau mengambil cuti atas masalah kesihatan, namun tidak lama kemudian, berita mengenai perjuangannya melawan kanser payudara telah didedahkan, mengejutkan ramai pihak.
Beliau menjelaskan bahawa beliau didiagnosis menghidap kanser payudara tahap awal melalui pemeriksaan kesihatan dan sedang menjalani rawatan. Kini, beliau telah selesai menjalani 12 sesi kemoterapi dan 16 sesi radioterapi, serta masih meneruskan rawatan susulan.
Netizen Korea rata-rata mengucapkan tahniah atas kesihatan Park Mi-sun yang semakin pulih dan mendoakan agar beliau terus kuat. Ramai yang gembira melihat beliau kembali menikmati hidup dengan tenang.