
Jessi Tampil Mesra Bersama Lee Mi-joo & Jeon So-min Raikan Pelancaran Album Baharu!
Selepas 5 tahun, penyanyi sensasi Jessi kembali dengan album terbaharu "P.M.S." yang dilancarkan pada 12 haribulan lalu.
Mengayakan detik istimewa ini, Jessi telah bertemu dan meraikan bersama rakan baiknya, Lee Mi-joo dan Jeon So-min. Beliau turut berkongsi momen indah mereka di akaun media sosial peribadinya dengan kapsyen "♥FOREVER♥".
Dalam gambar yang dikongsikan, ketiga-tiga selebriti wanita ini kelihatan gembira bertemu. Mereka bergambar mesra di hadapan cermin. Terdapat juga gambar yang dirakam oleh Jessi, menunjukkan Lee Mi-joo sedang mendukung dan bermain dengan anjing peliharaan Jessi, manakala Jeon So-min memerhatikannya dengan senyuman.
Persahabatan Jessi, Lee Mi-joo dan Jeon So-min bermula ketika mereka bekerjasama dalam rancangan aneka ragam "Sixth Sense Season 2" di tvN, dan hubungan mereka kekal erat sehingga kini.
Album "P.M.S." ini merupakan album pertama Jessi dalam tempoh 5 tahun dan kemunculannya semula selepas kontroversi yang berlaku tahun lalu. Walau bagaimanapun, pihak berkuasa memutuskan Jessi tidak bersalah atas tuduhan yang berkaitan, dan kini beliau kembali dengan karya muzik yang dinantikan peminat.
Netizen Korea membanjiri ruangan komen dengan ucapan gembira melihat persahabatan mereka yang masih utuh: "Seronok betul tengok mereka bersama." Ramai juga yang mengucapkan tahniah atas kemunculan semula Jessi: "Tak sabar nak dengar lagu baru!"