
G-Dragon Diiktiraf Sebagai Ikon Fesyen Abad Ke-21 Oleh Majalah Complex
Satu pengiktirafan global buat G-Dragon! Bintang K-Pop legenda ini telah tersenarai dalam "25 Best Dressed of the 21st Century" oleh majalah web Amerika, Complex, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai ikon fesyen antarabangsa.
Dalam senarai elit tersebut, G-Dragon menduduki tempat ke-16, berdiri sebaris dengan nama-nama besar Hollywood seperti Timothée Chalamet, Kim Kardashian, Justin Bieber, dan Travis Scott. Lebih membanggakan, G-Dragon adalah satu-satunya wakil Asia yang berjaya menempa nama dalam senarai ini.
Complex memuji G-Dragon sebagai individu yang sentiasa mendahului zamannya dalam dunia fesyen. "Ramai bintang K-Pop kini menjadi duta global untuk jenama fesyen utama, tetapi mereka yang mengikuti perkembangannya sejak awal tahu bahawa G-Dragon telah menetapkan piawaiannya," ujar Complex. Mereka turut menyertakan contoh bagaimana G-Dragon pernah memakai kasut ikonik era 90-an sebelum populariti Nike Air More Uptempo kembali meledak di Amerika Syarikat pada tahun 2010.
Sementara itu, G-Dragon dijadualkan mengadakan konsert encore 'Übermensch WORLD TOUR' di Gocheok Sky Dome, Seoul, dari 12 hingga 14 Disember ini. Peminat di seluruh dunia menanti-nantikan persembahan seterusnya daripada ikon fesyen ini.
Rata-rata netizen Korea meluahkan rasa bangga dan kagum: "Memang layak untuk GD! Dia ikon fesyen sejati." Ada juga yang menambah: "Ramai selebriti Hollywood tersenarai, tapi GD adalah satu-satunya dari Asia. Hebat sekali!"