
Victoria Eks-f(x) Cetus Perhatian Dengan Busana Berani Di Festival Filem Golden Rooster & Hundred Flowers 2024
Victoria Song, bekas ahli kumpulan K-pop f(x) yang kini aktif sebagai pelakon di negara asalnya, China, telah mencuri tumpuan di Festival Filem Golden Rooster & Hundred Flowers 2024. Beliau tampil memukau dengan pilihan busana yang berani dan penuh gaya.
Pada 13 Mei lalu, Victoria berkongsi beberapa keping gambar di akaun media sosial peribadinya, menunjukkan penampilan luar biasanya mengenakan gaun mewah daripada jenama terkenal Louis Vuitton. Apa yang paling menarik perhatian adalah rekaan gaun tersebut yang sangat berani, menampilkan potongan "backless" yang mendedahkan bahagian belakangnya sepenuhnya, sekali gus menyerlahkan lekuk tubuhnya yang ramping dan bahu yang halus.
Rekaan yang sungguh menakjubkan ini bukan sahaja menonjolkan aset aset terbaik Victoria, malah turut mempamerkan keyakinan dan karismanya sebagai seorang artis yang telah menempa nama dalam industri seni peranannya.
Penampilannya di karpet merah itu pantas menjadi bualan ramai, dengan peminat memuji kecantikan dan bentuk badannya yang masih mantap. Kejayaan Victoria sebagai pelakon di China membuktikan transformasinya yang berjaya daripada idola K-pop kepada bintang filem yang disegani.
Netizen China dan peminat antarabangsa membanjiri ruangan komen dengan pujian. Ulasan seperti "Cantik sekali! Victoria memang tak pernah mengecewakan!" dan "Badan dia memang maintain, outfit ni meletop habis!" adalah antara yang paling kerap disebut.