
Bekas ahli AOA Yuna kongsi perkembangan kehamilan, pamer 'baby bump' besar
Yuna, bekas ahli kumpulan K-pop AOA, telah berkongsi perkembangan terkini kehamilannya dengan mempamerkan 'baby bump' yang semakin membesar, sekaligus mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat.
Pada 17 haribulan lalu, Yuna menerusi akaun media sosial peribadinya telah berkongsi kapsyen berbunyi, "Hari-hari bergelut dengan alahan mengandung telah berlalu, rawatan prenatal dan senaman yang saya lakukan sehingga trimester akhir ini bagaikan satu penyembuhan."
Dalam gambar yang dikongsikan, Yuna kelihatan memakai baju tanpa lengan berwarna hitam sambil mengambil swafoto di hadapan cermin. Beliau turut kelihatan membelai lembut perutnya yang semakin memboyot.
Beliau menambah, "Ibu yang tidak pernah duduk diam ini terus menggerakkan badan, bersenam secara konsisten, menguruskan berat badan dan bengkak." Yuna turut meluahkan rasa syahdu, "Semoga 'Winter' (nama panggilan bayinya) gembira dengan perjalanan 10 bulan bersama ibu."
Untuk rekod, Yuna AOA telah mendirikan rumah tangga pada Februari tahun lalu bersama Kang Jung-hoon (nama pentas Friday), seorang ahli kumpulan produksi muzik 'Galaxies'.
Netizen Korea turut membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan doa agar Yuna selamat melahirkan. Ramai yang meninggalkan komen seperti, 'Tak sabar nak tengok baby!', 'Semoga sihat sentiasa ye!', 'Tak lama lagi dapat jumpa si comel, seronoknya!'.