
Kejelitaan Da-young (Cosmic Girls) Memukau Dengan Perut '11 Pek' Mantap Selepas Genggam Anugerah Artis Solo Wanita Terbaik KGMA 2025
Selepas berjaya merangkul anugerah 'Artis Solo Wanita Terbaik' di acara KGMA 2025 yang berlangsung pada 15hb lalu di Incheon Inspire Arena, Da-young (다영), ahli kumpulan Cosmic Girls (우주소녀), telah memukau peminatnya dengan pendedahan imej menakjubkan di media sosial peribadinya.
Dalam satu hantaran ringkas berbunyi "best female solo artist award me??", Da-young tampil menggayakan persis 'dewi musim sejuk' dengan persalinan pentas yang sungguh 'hip'. Beliau memakai jaket jaket crop hoodie berbulu putih, dipadankan dengan bra top yang memukau dan seluar 'wide leg' berwarna biru muda.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah definisi otot perut '11 line' yang mantap dan pinggangnya yang ramping, sekali gus membuktikan dedikasinya dalam menjaga bentuk badan yang ideal, setanding dengan statusnya sebagai artis solo yang semakin bersinar.
Netizen Korea turut membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah atas kejayaan Da-young. Ramai yang memuji bukan sahaja bakat nyanyiannya, malah bentuk badannya yang luar biasa. Ada juga yang sempat berseloroh, 'Inilah yang dikatakan artis solo sejati!', 'Terpegun melihat bentuk badan awak!'