Kim Soo-hyun Umum Bersara Dari Industri Hiburan, Peminat Antarabangsa Berduka
Berita mengejutkan ini telah menggemparkan dan meruntun hati peminat di seluruh dunia apabila pelakon kesayangan ramai, 'Kim Soo-hyun', secara tiba-tiba mengumumkan persaraannya daripada industri seni.
Sumber rapat mendakwa keputusan ini dibuat atas sebab peribadi yang rumit dan telah dipertimbangkan oleh pelakon itu dengan teliti. Walaupun masa depannya masih belum didedahkan secara terperinci, pengumuman ini menimbulkan pelbagai persoalan mengenai latar belakangnya.
Kim Soo-hyun dikenali menerusi watak-wataknya yang pelbagai dalam drama popular seperti "My Love from the Star", "The Moon Embracing the Sun", dan "It's Okay to Not Be Okay". Setiap drama tersebut mencapai kejayaan luar biasa di Korea Selatan dan di peringkat antarabangsa. Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar buat industri hiburan Korea.
Ramai peminat meluahkan rasa kecewa dan sedih di media sosial, serta menghantar ucapan semangat kepada Kim Soo-hyun, berharap beliau menemui kebahagiaan dalam laluan baru yang dipilih.
Rata-rata netizen Korea meluahkan rasa kesal yang amat sangat, ada yang berkata, "Tak sangka takkan ada lagi karya baharu daripadanya." Ada juga yang memahami dan memberi sokongan terhadap keputusan peribadi, "Apa pun laluan yang dipilihnya, semoga dia bahagia."