
Berita Gembira! Pelakon Kim Dong-wook Bakal Bergelar Bapa Tahun Depan
Khabar gembira buat peminat pelakon Kim Dong-wook apabila isterinya, Stella Kim, kini sedang hamil anak sulung mereka. Pengesahan itu dibuat oleh wakil dari agensi Studio NOHO pada petang Jumaat (24 November).
Menurut kenyataan agensi, isteri Kim Dong-wook dijangka akan melahirkan cahaya mata sulung mereka pada awal tahun hadapan. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Disember 2023 di Katedral Myeongdong, Seoul.
Stella Kim, isteri kepada Kim Dong-wook, sebelum ini pernah menjadi trainee di SM Entertainment dan dikhabarkan pernah berada dalam barisan ahli kumpulan Girls' Generation. Menerusi perkahwinan mereka, hubungan rapatnya dengan selebriti lain turut mendapat perhatian.
Ahli kumpulan Girls' Generation, Choi Soo-young, antara rakan selebriti yang hadir di majlis perkahwinan mereka dan turut memuat naik gambar bersama Stella Kim di media sosialnya dengan ucapan tahniah.
Selain itu, beberapa selebriti ternama lain seperti Jung Woo-sung, Cha Tae-hyun, Yoo Hae-jin, Shin Ha-kyun, dan Oh Jung-se turut dilaporkan hadir bagi meraikan pasangan mempelai.
Kim Dong-wook kini sedang menantikan tayangan filem terbarunya, "The People Upstairs", yang dijadualkan bakal menemui penonton pada 3 Disember ini.
Netizen Korea Selatan membanjiri media sosial dengan ucapan tahniah. Ramai yang terkejut dengan latar belakang Stella Kim yang pernah hampir debut bersama Girls' Generation dan mendoakan kesihatan ibu dan anak.