
RIIZE Muncul Dengan Single Baharu 'Fame', Ungkap Makna Sejati Di Sebalik Kejayaan
Kumpulan sensasi RIIZE (di bawah SM Entertainment) telah melancarkan single terbaharu mereka, 'Fame', pada hari ini (24 Jun). Kesemua trek dalam single ini telah dilancarkan di pelbagai platform muzik pada jam 6 petang waktu Korea, manakala muzik video bagi lagu utama 'Fame' pula disiarkan di saluran YouTube SMTOWN.
Sebelum pelancaran rasmi, RIIZE telah membuat persembahan sulung lagu 'Fame' di showcase yang diadakan di Yes24 Live Hall pada jam 5 petang. Acara ini disiarkan secara langsung melalui YouTube dan TikTok RIIZE, sekali gus mencetuskan fenomena yang hebat.
Lagu utama 'Fame' merupakan sebuah lagu hip-hop bergenre Rage, sebuah gaya yang pertama kali diterokai oleh RIIZE. Liriknya menyampaikan aspirasi RIIZE sebagai 'Emotional Pop Artist', menekankan bahawa perkongsian emosi dan cinta adalah lebih berharga daripada sekadar kemasyhuran. Persembahan yang mencabar ini menggabungkan alunan yang santai dengan tenaga yang meledak, menjanjikan pengalaman yang mengujakan.
Selain itu, single ini turut memuatkan dua lagi lagu: 'Something's in the Water', sebuah lagu R&B Pop yang mengisyaratkan penerimaan terhadap ketidakpastian yang timbul semasa proses pertumbuhan; dan 'Sticky Like', sebuah lagu dance rock pop yang menyanyikan kisah cinta suci dengan emosi dan kekuatan unik RIIZE.
Netizen Korea rata-rata memuji usaha RIIZE dalam lagu baru ini: 'Lagu 'Fame' ini sangat catchy!', 'Tak sabar nak tengok full performance dia!', 'RIIZE tak pernah mengecewakan!'