
Roy Kim Buka Suara Isu 'Pembedahan Plastik', Dakwa Zaman Remaja Punca Perubahan Wajah
Penyanyi Roy Kim akhirnya membuka mulut mengenai khabar angin pembedahan plastik yang sering dikaitkan dengannya, menerusi program 'Hong Seok Cheon's Jewelry Box'.
Menjawab soalan mengenai bila dia mula kelihatan tampan, Roy Kim berkata dengan jujur: "Saya rasa saya nampak okey semasa saya di darjah rendah lagi."
Dia menambah: "Tetapi selepas memasuki alam remaja, wajah saya nampak hodoh." Hos Hong Seok Cheon kelihatan tidak berpuas hati dengan jawapan merendah diri Roy Kim.
Roy Kim menjelaskan lagi: "Masa saya di sekolah menengah, itulah waktu paling teruk bagi wajah saya. Sebab itulah banyak gambar lama tersebar mengatakan Roy Kim sebelum pembedahan." Dia menyimpulkan: "Ini bukan pembedahan, cuma faktor usia. Zaman remaja yang membuatkan saya nampak hodoh seperti sebelum pembedahan."
Netizen Korea rata-rata memberi reaksi positif: "Dia dah kacak dari dulu lagi! Tak payah nak cakap macam tu."