
Park Bom (Bekas Ahli 2NE1) Kembali Aktif di Media Sosial Selepas 2 Minggu Senyap!
Selepas dua minggu menyepi, Park Bom, bekas ahli kumpulan K-pop ikonik 2NE1, akhirnya kembali menyapa peminat di media sosial pada 2 haribulan lalu.
Beliau memuat naik satu kenyataan ringkas berserta gambar swafoto di akaun Instagram peribadinya yang berbunyi, "Menunggu ke? Saya juga ♥". Dalam gambar tersebut, Park Bom dilihat memakai topi yang menutupi sebahagian wajahnya, namun tetap menyerlahkan penampilan glamornya dengan solekan mata yang menawan dan bibir merah jambu yang menjadi ciri khasnya.
Sebelum ini, Park Bom menghentikan aktiviti seninya atas sebab kesihatan. Pada ketika itu, beliau pernah membuat kenyataan yang menyasarkan bekas agensinya, YG Entertainment dan penerbit eksekutif Yang Hyun-suk, mendakwa beliau tidak menerima bayaran royalti yang sewajarnya untuk aktiviti bersama 2NE1.
Namun, agensi yang kini mentadbirnya, D-NATION Entertainment, telah memberi penjelasan bahawa "Semua bayaran telah diselesaikan" dan menambah, "Park Bom akan menghentikan semua aktiviti bagi memberi tumpuan kepada rawatan dan pemulihan."
Netizen Korea memberikan pelbagai reaksi positif. Ramai peminat meluahkan kegembiraan atas kemunculannya kembali, dengan komen seperti "Rindu suara unnie (kakak) Bom", "Tak sabar nak tengok comeback", "Semoga cepat sembuh".