
V (BTS) Kongsi Foto Reunion 7 Anggota Di Studio Latihan, Peminat Teruja Nantikan Comeback Tahun Depan
Peminat BTS di seluruh dunia menarik nafas lega apabila V, salah seorang ahli kumpulan sensasi itu, berkongsi foto dari studio latihan pada 12 haribulan lalu. Menerusi perkongsian tersebut, V merakamkan "selfie cermin" yang memaparkan kesemua tujuh anggota iaitu RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V, dan Jungkook.
Dalam foto tersebut, para ahli BTS kelihatan menggayakan pakaian santai, bukan kostum persembahan tetapi seluar latihan dan pakaian kasual. Mereka mengambil gambar dengan gaya yang rileks dan mesra, menunjukkan ikatan serta kerjasama sepasukan yang utuh dan tiada perubahan, sekaligus mencuit hati peminat.
Menjengah ke ruangan komen, peminat membanjiri dengan pelbagai reaksi seperti "Tak sabar nak tunggu comeback", "Akhirnya dapat tengok gambar ini", "Memang nampak sporting" dan macam-macam lagi.
Dalam perkembangan lain, BTS telah mengumumkan perancangan untuk melancarkan album baru pada musim bunga tahun hadapan, berserta dengan jelajah dunia berskala besar.
Rata-rata komen dari peminat Korea Selatan menyatakan rasa gembira: "Syukur dapat lihat semua 7 ahli bersama semula!", "Tak sabar nak tunggu album baru mereka!".