
Heboh 'Amazing Saturday' Tayang Penuh Tanpa Sunting Walau Ada 5 Selebriti Bermasalah!
Program hiburan popular tvN, 'Amazing Saturday' (놀라운 토요일), kini menjadi bualan hangat dek kerana episode terbaharu yang menampilkan gabungan lima selebriti yang sedang atau pernah mempunyai kontroversi, namun disiarkan tanpa sebarang suntingan atau pemotongan.
Dalam episod yang disiarkan pada 13 haribulan, Roy Kim dan Daesung hadir sebagai tetamu bersama Seo Eunkwang. Kemunculan Roy Kim menimbulkan persoalan memandangkan beliau pernah dikaitkan dalam kumpulan sembang Jung Joon-young. Walaupun kemudiannya dibebaskan daripada tuduhan, persepsi umum masih belum berpuas hati.
Daesung juga pernah terpalit dengan kontroversi pada tahun 2019 apabila bangunan miliknya didakwa menempatkan premis hiburan tidak sah.
Selain itu, hos Shin Dong-yup turut dilaporkan menghadapi beberapa tuduhan. Manakala Park Na-rae pula, pada awal Disember, timbul khabar angin mengenai peletakan jawatan beramai-ramai oleh pengurusnya serta permohonan sita aset bernilai 100 juta won.
Lebih parah lagi, Park Na-rae turut dikaitkan dengan isu 'suntikan' yang membabitkan steroid, dan secara tidak langsung turut menyebut nama Key dari kumpulan SHINee dan Onew. Key sehingga kini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara ini.
Perkara yang paling menimbulkan rasa tidak puas hati penonton adalah 'Amazing Saturday' memilih untuk menayangkan episod tersebut hampir tanpa sebarang suntingan walaupun terdapat lima selebriti yang mempunyai isu latar belakang, dengan hanya bahagian pengenalan Park Na-rae yang dipotong. Ini menimbulkan persoalan sama ada program ini akan terus disiarkan atau adakah selebriti terlibat akan dikenakan tindakan larangan tampil di masa hadapan.
Netizen Korea meninggalkan pelbagai komen, ada yang menyelar pihak produksi kerana menyiarkan tanpa suntingan "Ini seperti rancangan mengumpul orang bermasalah", manakala yang lain meluahkan rasa kecewa terhadap para selebriti yang terbabit.