
Ong Seong Wu & Han Ji Hyun Bangkitkan Nostalgia Cinta Pertama Dalam Projek Khas KBS 2025 'First Love Again'
Bersiaplah untuk kisah cinta pertama yang menyentuh hati dan penuh kenangan daripada dua pelakon muda, Ong Seong Wu dan Han Ji Hyun, dalam projek drama satu episod KBS 2TV 2025 bertajuk ‘Love : Track’.
Episod yang akan disiarkan malam ini (14 Jan), jam 22:50, adalah ‘First Love Again’ (Arahan: Jung Kwang Soo / Penulisan: Jung Hyo). Ia mengisahkan tentang tahun 2010, di mana seorang pelajar perempuan tingkatan 3 yang sentiasa mendapat tempat pertama di sekolahnya bertemu dengan seorang pelajar lelaki berjiwa bebas, dan buat pertama kali berhadapan dengan impian serta cinta.
Ong Seong Wu akan membawakan watak ‘Ki Hyun Ha’, seorang pemuda berjiwa bebas yang bercita-cita menjadi penggubah lagu. Beliau mempunyai semangat yang kental, terus melangkah mencapai impian tanpa goyah, dan menjadi orang pertama yang mengetahui rahsia Young Seo (dilakonkan oleh Han Ji Hyun) melalui satu kejadian yang tidak disengajakan, serta mengenali impian sebenar gadis itu lebih awal daripada sesiapa pun.
Manakala Han Ji Hyun akan memegang watak ‘Han Young Seo’, pelajar cemerlang nombor satu di kelasnya. Beliau akan menggambarkan perasaan kompleks seorang gadis yang terbeban dengan tekanan peperiksaan kemasukan universiti. Dalam pada itu, Hyun Ha akan semakin rapat dengan Young Seo dengan memberikan sokongan yang ikhlas, seterusnya memulakan perasaan istimewa.
Imbasan adegan yang dikeluarkan secara rasmi sebelum siaran malam ini memaparkan Ong Seong Wu dan Han Ji Hyun saling bertatapan dengan penuh kehangatan, menimbulkan rasa ingin tahu penonton terhadap siaran tersebut.
Young Seo, walaupun pelajar nombor satu, semua orang mengatakan dia akan diterima ke universiti yang baik. Namun, jauh di lubuk hatinya, dia merasa keliru dengan keinginan untuk kebebasan dan perasaan tertekan terhadap dunia luar. Ketika dia cuba melepaskan perasaan terpendam itu, dia bertembung dengan Hyun Ha, dan ia menjadi titik perubahan penting yang membolehkannya menyedari impian yang tidak pernah disedarinya. Kehadiran Hyun Ha, yang mempercayainya, telah membangkitkan perasaan yang asing namun hangat dalam diri Young Seo. Cinta pertama yang hadir dalam kehidupan kedua-duanya menjelang peperiksaan kemasukan universiti dijangka akan memberikan debaran yang indah kepada penonton.
‘First Love Again’, sebuah kisah cinta emosional daripada Ong Seong Wu dan Han Ji Hyun yang berjaya menangkap suasana romantis era 2010, akan disiarkan pada jam 22:50 malam ini (14 Jan), selepas program ‘Onion Soup After Work’.
Netizen Korea teruja dengan 'chemistry' antara Ong Seong Wu dan Han Ji Hyun, dengan komen seperti "Gambar still nampak sangat bagus, tak sabar nak tengok!" dan "Teringin nak tonton kisah cinta remaja era 2010."