
Pasukan 'Transit Romance 4' Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Penyebar Spoilller & Ulasan Jahat
Pasukan produksi rancangan realiti popular 'Transit Romance 4' (환승연애4) di TVING mengumumkan tindakan undang-undang yang tegas terhadap individu yang menyebarkan spoilser dan meninggalkan komen berniat jahat terhadap para peserta.
Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada 14 Mei, kru produksi menyatakan bahawa terdapat peningkatan ketara dalam serangan peribadi, komen berniat jahat, dan penyebaran maklumat palsu yang menyasarkan beberapa peserta 'Transit Romance 4'. Selain itu, kandungan rancangan itu juga telah tersebar dalam bentuk "spoiler" di komuniti dalam talian dan platform media sosial sebelum episod sebenar disiarkan.
Pasukan produksi menekankan bahawa tindakan ini bukan sahaja merosakkan proses penerbitan rancangan secara serius tetapi juga meninggalkan luka emosi yang mendalam kepada para peserta, yang merupakan orang awam, dan menjejaskan pengalaman tontonan penonton.
"Oleh itu, kami sedang mengumpul bukti secara berterusan terhadap individu yang menghasilkan posting fitnah berniat jahat, komen menghina fizikal, menghina maruah, menyebarkan maklumat palsu dan membocorkan kandungan rancangan sebelum tarikh tayangan. Kami akan mengambil tindakan undang-undang yang tegas bergantung kepada situasi."
Krew produksi juga memberi amaran: "Kami ingin memaklumkan bahawa, sama ada sebelum atau selepas episod disiarkan, jika kes serupa dikesan, tindakan saman dan undang-undang selanjutnya mungkin akan diambil. Kami meminta agar tindakan menyebarkan spoiler, membuat spekulasi dan kritikan terhadap peserta yang merupakan orang awam, melanggar privasi dan cuba mencari maklumat peribadi secara berlebihan dihentikan dengan serta-merta."
'Transit Romance 4' ialah sebuah rancangan realiti temu janji, yang mengisahkan tentang pasangan yang telah berpisah atas pelbagai sebab, berkumpul di bawah satu bumbung untuk mengimbau kembali hubungan lalu dan menghadapi hubungan baru untuk mencari cinta sejati. Rancangan ini disiarkan setiap Rabu jam 6 petang di TVING.
Netizen Korea meninggalkan komen seperti, "Baguslah mereka ambil tindakan tegas, memang patut pun" dan "Semoga rancangan ini berjaya, saya akan sentiasa menyokong."