
Geng 'Tiket Hantu' Konsert G-DRAGON Ditahan Polis Dekat Gocheok Sky Dome!
Amaran buat peminat G-DRAGON! Polis Seoul telah menahan seramai 6 individu yang cuba menjual semula tiket konsert bintang terkenal itu dengan harga berlebihan, atau dikenali sebagai 'tiket hantu', berhampiran Gocheok Sky Dome, Daerah Guro, Seoul pada petang 14hb.
Siasatan awal mendapati, kumpulan suspek ini telah membuat janji temu melalui atas talian untuk urusan jual beli tiket dan cuba membuat transaksi berdekatan lokasi konsert. Daripada 6 individu yang ditahan, 4 daripadanya adalah warganegara China dan majoritinya berusia dalam lingkungan 20-an.
Polis telah mengenakan kompaun sebanyak 160,000 won terhadap seorang suspek yang dijadualkan untuk segera keluar negara, manakala 5 lagi diserahkan untuk perbicaraan segera.
Serbuan ini adalah sebahagian daripada usaha membanteras penjualan tiket haram yang sering berleluasa menjelang penganjuran konsert artis popular.
Netizen Korea memberi reaksi: 'Baguslah mereka ditangkap, supaya tidak menjadi contoh buruk' dan 'Perlu ada tindakan lebih tegas terhadap penjual tiket hantu ini'.