
ONEW (SHINee) Akan Tamatkan Jelajah Dunia Dengan Konser Encore Di Seoul!
Selepas mengelilingi dunia, ONEW, anggota kumpulan SHINee, bakal mengakhiri jelajah konsert solo dunianya yang julung kali diadakan, "2025-26 ONEW WORLD TOUR [ONEW THE LIVE : PERCENT (%)] ENCORE", di tanah airnya, Seoul.
Dipersembahkan sebagai jenama konsert yang menyerlahkan kehebatan vokal ONEW yang 'boleh dipercayai untuk didengari', jelajah ini telah memulakan perjalanannya di 5 bandar Asia, sebelum merentasi Amerika Selatan, Eropah, dan Amerika Utara. Konsert encore di Seoul ini bakal menjadi penutup epik, di mana ONEW yang telah mencapai 100% kesempurnaan sebagai artis bakal memukau para "Global Jjinggu" (nama fandom).
Konsert encore "ONEW THE LIVE" dijadualkan berlangsung pada 31 Januari dan 1 Februari 2026, bertempat di Ticketlink Live Arena, Olympic Park, Seoul. Ini adalah peluang terakhir buat peminat untuk menyaksikan sendiri kehangatan dan kehebatan ONEW dalam jelajah dunia ini.
Sebelum itu, ONEW akan meneruskan siri jelajah di Amerika Utara, bermula di San Jose (9 Jan 2026), diikuti Los Angeles (11 Jan), Chicago (14 Jan), New York (16 Jan), dan Atlanta (18 Jan).
Tiket untuk konsert encore di Seoul akan mula dijual secara pra-jualan untuk ahli kelab peminat pada 19 Disember jam 8 malam waktu Korea, manakala jualan tiket umum pula bermula pada 22 Disember jam 8 malam waktu Korea, melalui platform Melon Ticket. Pastikan anda tidak melepaskan peluang ini!
Netizen Korea meluahkan keterujaan mereka: "Tak sabar nak tengok ONEW THE LIVE concert encore di Seoul!"