
Hebat! G-DRAGON Bantu 'The Venti' Capai 10 Juta Tontonan Video Kempen Musim Sejuk Dalam 10 Hari
Jenama kopi francais popular, The Venti, mengumumkan kejayaan besar video kempen musim sejuk terbaru mereka yang dibintangi oleh ikon fesyen dan muzik, G-DRAGON.
Video yang dilancarkan di saluran YouTube rasmi The Venti pada 1 haribulan lalu, telah melepasi 10 juta tontonan hanya dalam tempoh 10 hari.
Kempen bertajuk 'Berry Special Winter' ini turut memperkenalkan minuman terbaharu The Venti untuk musim sejuk, 'Strawberry Choux Cream Latte'.
Dalam video tersebut, G-DRAGON dilihat dengan penuh gaya "menangkap" minuman tersebut dari sebuah belon udara panas, menonjolkan daya tarikan rasa "lembut, manis, dan sedikit masam".
Kombinasi visual yang menarik, palet warna yang sofistikated, serta karisma unik G-DRAGON telah menyumbang kepada kejayaan pantas video ini.
Ini merupakan kali kedua G-DRAGON bekerjasama dengan The Venti mencapai kejayaan luar biasa, selepas video kempen pertama mereka turut mencatatkan 10 juta tontonan dalam masa seminggu.
Seorang wakil The Venti berkata, "Kami percaya gabungan visual yang menarik dan daya tarikan G-DRAGON bersatu dengan identiti jenama The Venti telah menghasilkan tindak balas positif."
"Kami berharap dapat memperkenalkan minuman baharu musim sejuk kami yang lazat melalui kempen ini dan terus memperluas nilai jenama The Venti."
Rata-rata netizen Korea memuji G-DRAGON atas pengaruhnya yang besar dan gaya uniknya yang berjaya menarik perhatian ramai terhadap jenama tersebut.
Komen-komen seperti "Memang G-DRAGON lah!", "Terus rasa nak cuba menu baru" dan "Kolaborasi ini sangat serasi" turut kedengaran.