
KickFlip Umumkan Jelajah Konser Fan Seluruh Negara Pada 2026, Bakal Dekati Peminat WeFlip!
Kumpulan sensasi K-Pop, KickFlip, bakal menggegarkan peminat di seluruh negara dengan pengumuman jelajah konsert peminat (fan-concert) pertama mereka pada tahun 2026, bertajuk '<From KickFlip, To WeFlip>'.
Setelah berjaya membangkitkan keterujaan peminat dengan poster yang memberi bayangan tentang jelajah seluruh negara sebelum ini, KickFlip akhirnya mendedahkan jadual terperinci. Jelajah ini akan bermula di Seoul pada 17-18 Januari 2026, sebelum singgah di Busan (24 Jan), Gwangju (31 Jan), Cheongju (21 Feb) dan berakhir di Daegu (28 Feb), dengan jumlah keseluruhan 12 persembahan.
Jelajah ini diadakan sempena meraikan ulang tahun debut pertama kumpulan itu pada 20 Januari, dan ia bertujuan untuk mendekatkan diri serta berinteraksi dengan peminat WeFlip dari pelbagai lokasi.
Sebelum ini, sesi pra-jualan tiket untuk ahli WeFlip generasi pertama bagi konsert di Seoul telah mendapat sambutan luar biasa, dengan kesemua 4 persembahan habis dijual dalam masa yang singkat, menunjukkan minat yang amat tinggi terhadap kumpulan ini.
Sepanjang tahun ini, KickFlip telah membuktikan gelaran 'K-Pop Super Rookie' dengan pelancaran tiga mini album, penampilan di festival muzik global utama, dan memenangi anugerah pendatang baharu di pelbagai majlis. Dengan momentum ini, aktiviti-aktiviti menarik KickFlip pada tahun mendatang, bermula dengan jelajah fan-concert ini, amat dinantikan.
Netizen Korea rata-rata meluahkan rasa teruja: "Akhirnya dapat jumpa depan-depan!", "Harapnya ada lagi bandar-bandar lain yang diumumkan", "Tak sabar nak jumpa KickFlip!", "Sambutan ulang tahun pertama pasti meriah!".