
Hearts2Hearts Bakal Gemparkan Amerika Utara Dengan Showcase Sulung Dan Lagu Hits!
Kumpulan sensasi dari SM Entertainment, Hearts2Hearts, bakal memulakan aktiviti global mereka secara rasmi dengan showcase sulung di Amerika Utara pada Mac ini!
Hearts2Hearts dijadualkan mengadakan "2026 Hearts2Hearts Premiere Showcase 'HEARTS 2 HOUSE' in North America" di New York pada 19 Mac dan di Los Angeles pada 22 Mac (waktu tempatan).
Selepas berjaya mencuri perhatian peminat di Amerika Syarikat menerusi persembahan di "SMTOWN LIVE 2025 in L.A." pada Mei lalu, Hearts2Hearts kini bersedia untuk menawan rantau Amerika Utara dengan konsert solo mereka, mempamerkan kepelbagaian personaliti dan persembahan memukau setiap ahli.
Kumpulan ini juga mendapat perhatian tinggi daripada media antarabangsa. Majalah muzik terkenal Amerika, The Fader, telah menyenaraikan lagu "FOCUS", lagu tajuk dari mini album pertama mereka yang dikeluarkan pada Oktober, di tempat ke-11 dalam senarai "The 51 best songs of 2025", sekaligus menjadi artis K-pop dengan kedudukan tertinggi.
Tambahan lagi, lagu "STYLE", yang mencetuskan fenomena global selepas dilancarkan pada Jun, turut tersenarai dalam "The 25 best K-pop songs of 2025" oleh media muzik ternama British, NME. Lagu ini dipuji kerana "menggabungkan daya tarikan pop yang berkilauan dan tenaga keemasan khas musim panas. Lirik yang menceritakan perasaan teruja yang segar, ditambah pula dengan vokal manis ahli, memenuhi pendengar dengan tenaga positif."
Sebelum jelajah ke Amerika Utara, Hearts2Hearts akan mengadakan fan meeting pertama mereka, '2026 Hearts2Hearts FANMEETING 'HEARTS 2 HOUSE'', pada 21-22 Februari di Olympic Hall, Olympic Park, Seoul.
Netizen Korea menyuarakan sokongan dan keterujaan mereka, meninggalkan komen seperti "Tak sabar nak tengok diorang perform di US!", "Sangat bangga dengan ahli kumpulan, teruskan usaha!".