
Angelina Jolie Dedah Parut Pembedahan Payudara, Kongsi Kisah Kanser Demi Inspirasi Wanita
Pelakon terkenal Hollywood, Angelina Jolie, sekali lagi mencuri tumpuan apabila muncul di muka hadapan majalah TIME edisi Perancis, sambil mendedahkan parut pembedahan payudaranya yang dijalani sedekad lalu.
Dalam temuramah eksklusif bersama TIME, Jolie berkongsi kisah peribadi mengenai sejarah keluarga yang diuji kanser, peranannya sebagai seorang ibu, kerjayanya sebagai pelakon pemenang Oscar, dan aktiviti kemanusiaannya.
Pada tahun 2013, Jolie menjalani pembedahan membuang kedua-dua payudaranya sebagai langkah pencegahan kanser. Beliau berkata, "Saya ingin berkongsi parut ini dengan ramai wanita yang saya sayangi, dan saya sentiasa tersentuh apabila melihat wanita lain berkongsi parut mereka." Jolie menambah, "Saya mahu bekerjasama dengan TIME Perancis kerana saya tahu mereka akan membantu menyebarkan kesedaran tentang kesihatan payudara, pencegahan, dan kanser payudara."
Rata-rata netizen Korea memuji keberanian dan kekuatan Angelina Jolie. Komen-komen seperti "Satu inspirasi sebenar" dan "Terima kasih kerana berani berkongsi untuk wanita lain" turut kedengaran.