
Hyorin (Bekas Ahli SISTAR) Curi Tumpuan Dengan Pakaian Pentas Yang Menggoda
Hyorin, bekas ahli kumpulan SISTAR, sekali lagi memukau peminatnya dengan mendedahkan beberapa keping gambar fesyen pentas yang cukup berani.
Menerusi hantaran di laman SNS miliknya pada 17hb lalu, Hyorin menulis ucapan, "Terima kasih ♥️ Saya tidak akan pernah lupa detik-detik ini. Kita jumpa lagi nanti" berserta beberapa keping foto.
Foto-foto yang dikongsikan memaparkan Hyorin yang sedang menjalani siri jelajah di Eropah, sempat merakamkan kenangan manis memakai pakaian persembahannya yang menawan.
Hyorin tampil dengan gaya yang pelbagai, daripada bodysuit hitam yang ketat sehinggalah kepada pakaian berwarna merah jambu terang yang menyerlahkan kulit sawo matangnya. Setiap gaya berjaya mencipta aura unik dan daya tarikan tersendiri.
Sementara itu, Hyorin bakal melancarkan single terbaharunya yang bertajuk ‘Standing On The Edge’ pada 23hb ini di pelbagai platform muzik digital.
Rata-rata netizen Korea membanjiri ruangan komen dengan pujian terhadap keyakinan dan gaya Hyorin. Antara komen yang ditinggalkan adalah, "Hyorin memang ratu pentas sejati!", "Setiap persalinan nampak sangat menakjubkan, kenapa dia begitu cantik?" dan "Tak sabar nak dengar lagu baru!"