
Pelakon Senior Sa-mi-ja (85 Tahun) Kongsi Kehidupan Perkahwinan 62 Tahun Yang Romantis, Masih Berpegangan Tangan Setiap Hari!
Pada hari ini (17 Mei) jam 8 malam waktu Korea, program TV CHOSUN 'Perfect Life' akan menyiarkan episod istimewa menampilkan pelakon veteran Sa-mi-ja yang berusia 85 tahun.
Sa-mi-ja, yang telah berkahwin selama 62 tahun, akan berkongsi detik-detik manis bersama suaminya yang penuh kasih sayang, menunjukkan bahawa usia bukanlah penghalang untuk terus mengekalkan kemesraan dalam perhubungan.
Dalam episod tersebut, Sa-mi-ja mendedahkan rutin hariannya bersama suami. Apabila biliknya ditayangkan, MC Lee Sung-mi terkejut melihat dua bantal di atas katil, lalu bertanya adakah mereka tidur berasingan. Sa-mi-ja dengan selamba menjawab, "Bukankah suami isteri memang tidur sekatil?" sambil tersenyum, menunjukkan keharmonian rumah tangga mereka.
Beliau turut berkongsi momen intim apabila beliau sentiasa menggenggam tangan suaminya, sama ada ketika berjalan mahupun tidur. "Saya rasa tangan awak hangat dan saya sangat menyukainya," luah Sa-mi-ja dengan penuh rasa sayang.
Apabila MC Hyun Young bertanya sama ada mereka bercium, Sa-mi-ja mengejutkan studio dengan jawapannya, "Biasanya saya yang mulakan dulu." Apabila ditanya bila kali terakhir bercium, beliau menjawab, "Pagi tadi," sekali lagi mencetuskan suasana hangat di kalangan hadirin.
Sa-mi-ja juga akan bercerita tentang "Kelab Pelakon Legenda Wanita" yang dianggotainya bersama pelakon-pelakon ternama seperti Kim-young-ok, Kang-bu-ja, dan Kim-mi-sook.
Gambar kumpulan itu yang dipaparkan mencetuskan kekaguman MC Oh Ji-ho yang menyamakannya seperti barisan pelakon di majlis anugerah. Sa-mi-ja menjelaskan bahawa kelab itu dianjurkan oleh Kim-mi-sook dan mereka bertemu setiap dua bulan sekali.
Beliau turut meluahkan rasa sebak melihat gambar tersebut, "Ini mengingatkan saya bahawa kita semua pernah muda. Saya mahu kelab ini kekal bersama saya selamanya.".,
Netizen Korea rata-rata memuji kebahagiaan Sa-mi-ja dan suaminya yang masih romantis di usia lanjut, "Di usia 85 tahun pun masih sweet macam ni, patut jadi contoh". Ada juga yang terkesan dengan persahabatan 'pelakon wanita legenda' itu, "Harap dapat lihat lebih banyak momen kelab mereka di TV".