
Penyampai TV Jang Young-ran Hulurkan Dermaikhlas Untuk Anak Yatim Sempena Akhir Tahun
Penyampai TV terkenal, Jang Young-ran (장영란), telah menunjukkan sifat mulianya dengan menyalurkan sumbangan ikhlas kepada rumah anak-anak yatim sempena menyambut akhir tahun yang kian menjelang.
Pada 17 Disember lalu, Jang Young-ran telah berkongsi gambar sijil sumbangan berserta kapsyen ringkas menerusi akaun media sosial peribadinya. Menerusi sijil yang didedahkan, beliau telah menyumbangkan sejumlah 20.33 juta won (kira-kira RM70,000) kepada rumah anak-anak yatim Samdong Boy's Town sepanjang tempoh dari bulan Jun hingga November.
Sumbangan ini disasarkan untuk menyokong kos rawatan psikologi dan perkembangan kanak-kanak di institusi tersebut.
Jang Young-ran turut menyertakan pesanan ringkas di hantaran tersebut, "Semoga bantuan kecil ini menjadi harapan besar buat anak-anak pada masa hadapan" selain menambah tanda pagar "#JomJadiDewasaHebat" bagi menyemarakkan lagi mesej di sebalik pendermaannya.
Menyaksikan berita mengenai sumbangan ini, netizen Korea rata-ratanya memberikan reaksi positif dengan komen seperti "Hati saya terasa hangat" dan "Dia benar-benar seorang dewasa yang hebat", sambil memberikan sokongan padu buat Jang Young-ran.