
Doyoung NCT Raih 2 Carta Utama Circle Dengan Single 'Promise'
Doyoung, ahli kumpulan NCT di bawah SM Entertainment, telah mencipta kejutan apabila lagu terbarunya, ‘늦은 말 (Promise)’, berjaya menjuarai carta mingguan Circle selama dua minggu berturut-turut.
Single ‘Promise’ yang dilancarkan pada 9 Mei lalu, telah mendominasi carta Circle untuk kategori Muat Turun (Download) dan BGM, membuktikan lagi populariti beliau yang semakin kukuh.
Sebelum ini, lagu ‘Promise’ juga telah mencatat kedudukan nombor 1 di carta harian dan masa nyata Bugs Music sejurus selepas dilancarkan, sekali gus menarik perhatian peminat muzik di Korea.
‘늦은 말 (Promise)’ merupakan sebuah balada yang menggabungkan vokal merdu dan melodi yang menyentuh hati. Liriknya ditulis sendiri oleh Doyoung sebagai luahan ikhlas buat 'cinta tersayang', menyampaikan perasaan yang sukar diluahkan seiring cinta yang semakin mendalam.
Single ‘Promise’ ini terdiri daripada dua buah lagu: lagu utama ‘늦은 말 (Promise)’ dan lagu sampingan ‘Whistle (Feat. Bell of KISS OF LIFE)’ (휘슬) yang didendangkan dengan harmoni indah. Ia merupakan hadiah istimewa daripada Doyoung buat peminat yang sentiasa memberikan sokongan tidak berbelah bahagi.
Netizen Korea rata-rata memuji kebolehan dan hasil karya Doyoung. Komen-komen seperti 'Memang Doyoung lah, hebat betul!', 'Lagunya sangat sedap, asyik dengar je tak berhenti', dan 'Sentiasa menantikan karya Doyoung seterusnya' sering kelihatan.