
Han Stray Kids Sumbang RM100,000 Sempena Hari Lahir Ke-25
Han, ahli kumpulan K-pop popular Stray Kids, meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-25 dengan sumbangan amal sebanyak 100 juta Won (kira-kira RM340,000) kepada Hospital Samsung Seoul.
Dana yang disumbangkan akan digunakan untuk menampung kos rawatan dan penjagaan pesakit dewasa kronik, serta pesakit kanak-kanak dan remaja yang sedang menerima rawatan di hospital tersebut.
Han meluahkan rasa terima kasih kepada para peminat yang membolehkannya mengisi hari lahirnya dengan perkongsian yang bermakna, sambil berharap agar kepedulian ini dapat memberi kekuatan dan keberanian kepada mereka yang memerlukan.
Stray Kids, yang debut pada tahun 2017, terkenal dengan gabungan rap/hip-hop daripada unit 3RACHA (Changbin, Bang Chan, Han), vokal yang menyentuh hati, dan persembahan tarian yang dinamik, meraih populariti global.
Han adalah salah satu produser utama di sebalik muzik Stray Kids melalui unit 3RACHA, menyumbangkan kepakaran rap dan penulisan liriknya. Beliau dikenali kerana keupayaannya menyampaikan pelbagai gaya rap dan emosi dalam persembahannya. Karisma Han di atas pentas serta personalitinya yang ceria menjadikannya kegemaran ramai peminat.